Wednesday, 2 March 2011

Adakah aku mencintainya


Genap sebulan perkahwinan antara aku dan abang Emier . Namun , kami masih seperti orang asing . Saling tidak bertegur sapa diantara satu sama lain , bercakap bila ada keperluan sahaja .
Perkahwinan kami langsung tidak di rancang . Sebenarnya , abang Emier akan berkahwin dengan orang lain . Orang itu adalah kakak aku sendiri .
Sakinah melarikan di hari perkahwinannya dan aku pula yang menjadi mangsa keadaan dengan berkahwin dengan lelaki yang sepatutnya menjadi abang iparku . Walau apapun , aku menerima dia seadanya .
Aku duduk sendirian di taman mini yang berlatarkan air terjun buatan semua itu idea abang Emier . Itupun aku mengetahui dari ibu mertuaku .
Alhamdulillah , aku diterima baik oleh keluarga Abang Emier . Aku juga punya adik ipar yang sebaya denganku iaitu 17 tahun .
Beza umurku dan suami 10 tahun, Terlalu muda kan ? sekarang , tentu aku sedang bergembira dengan Mimi dan Julia sekarang dan juga buat part time sementara tunggu result .
Deruman enjin kereta memasuki lama rumah mengejutkan aku dari lamunan . Segera aku menuju ke pintu utama menanti suamiku .
‘abang Emier nak makan ? Sofea boleh panaskan lauk . soalku sebaik abang Emier melangkah masuk
‘ Tak payah . malam saya makan kat luar ‘ balas abang Emier . dingin .
Aku sekadar mengangguk faham . Dalam hatiku berasa lega kerana aku tak perlu memasak untuknya kerana kepalaku sedang sakit dan hidungku mula tersumbat . Aduh ! tanda-tanda nak demam la ni .
Aku tertidur di sofa kerana kepalaku terlalu sakit hingga aku nak berjalan pun tak larat . Minyak angin aku titiskan pada jari telunjuk lalu ku oles sedikit di kepala dan juga di hidung .
Aku tersedar apabila tubuhku digoncang perlahan . siapa pula yang menganggu tidurku ? mataku buka perlahan dan aku terkejut melihat wajah abang emier terlalu dekat dengan wajahku .
Bangun , makan bubur ni ! arah abang Emier tegas . aku kelu . adakah aku sedang bermimpi ? Aku ingin mengambil mangkuk dari abang emier namun lelaki itu memegang kemas membuatkan aku tidak sengaja menyentuh tangannya .
Maaf ! lantas aku menunduk .
Tanpa membalas , abang Emier menyuakan sesudu bubur kepadaku . memang romantic kalau abang emier mengiktirafku sebagai isterinya . Aku hanya mampu menelan tiga suapan , selebihnya aku menolak . Tekakku terlalu perit .
Lain kali , kalau tak sihat bagitahu . takde la menyusahkan orang . kata abang emier sebelum berlalu . Aku sedikit terasa dengan kata-katanya . Tanpa dipinta , airmataku jatuh berderai sehingga aku kembali terlena .
***** Aku terjaga apabila matahari memancar dari arah tingkap terus ke wajahku . kepala masih lagi berdenyut dan hidung masih lagi tersumbat . Aku gagahkan diri untuk ke kamar mandi dan menunaikan perintah yang Maha Esa .
Usai menunaikan solat , aku turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk suamiku . Nafasku termengah seketika kerana sakit kepalaku semakin kuat .
Aku berlari ke singki membuang segala isi perutku . airmata jatuh lagi kerana tiada orang yang ambil tahu . kalau Sakinah ada pasti dia orang yang paling risau dan akan menemaniku sepanjang hari .
Terasa ada orang sedang mengurut tengkukku . aku terkesima .. lantas aku berkumur dan membasuh muka . Aku kembali ke meja untuk menyiapkan kerjaku yang tergendala namun tanganku ditarik lembut oleh abang Emier lalu dia memegang kedua belah bahuku . aku terkedu
‘Sofea , kalau tak sihat . Jangan paksa diri . Abang boleh buat semua ni sendiri !’ lembut kata-kata abang Emier menyapa telingaku .
‘Takpe la , bukannya berat sangat pun kerjaa ni .. nanti …. ‘

Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku , tubuhku diangkat oleh abang Emier .

No comments:

Post a Comment