Saturday, 5 March 2011

tafsir mimpi anda

mimpi kena gigit anjing- hidup anda sentiasa diburu oleh seseorang yang anda benci,

mimpi mendapat wang - wang anda akan habis disebabkan oleh tindakan anda.

bermimpi membunuh orang yang anda sayangi,- anda dan orang yang anda sayang akan sentiasa ada masalah. perkara yang kecil dibesarkan

mimpi mendapat mesej daripada orang y anda tidak kenali - akan menerima cahaya mata

mimpi bersetubuh - tanda anda sudah baligh.

mimpi mati - panjang umur,

mimpi sakit - anda akan sihat pada masa yang diperlukan.


Friday, 4 March 2011

kami n kamu

emmmm, cdhnye,,,, npe semua ini berlaku pada diriku,,,
kadang kala aku berasa sedih yang amat sangat... sehinggakan ku merasa bahawa semua orang tidak pernah memperdulikan aku lagi... ku merasakan bahawa diri ini seperti dihina yang amat sangat,, aku juga merasakan seperti hidup ini bergitu perit untuk dilalui. Orang tuaku langsung tidak pernah memperdulikan saya,,,  Hampir setiap hari ku dimarahi oleh ibu bapaku, setiap perilakuku dipertikaikan oleh mereka.. setiap perbuatanku, mak mesti pertikaikannya.. tetapi setiap perbuatan adikku sentiasa betul disisinya, sehinggakan perbuatan yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan.
  Apakah ini nasib yang telah ditakdirkan ilahi untuk diriku.?
ya allah, berikan lah aku kekuatan dalam menempuhi semua dugaanmu ya allah, sungguh berat dugaan yang engkau berikan kepadaku ini ya allah.

ada seorang teman, dialah yang selalu berada dekat dihati saya , setiap masalah saya menceritakan padanya..  saya berasa bernasib baik kerana mempunyai kawan seperti dia..namun,,,

Wednesday, 2 March 2011

peristiwa kelmarin.

biarka aq sendirian.

Adakah aku mencintainya


Genap sebulan perkahwinan antara aku dan abang Emier . Namun , kami masih seperti orang asing . Saling tidak bertegur sapa diantara satu sama lain , bercakap bila ada keperluan sahaja .
Perkahwinan kami langsung tidak di rancang . Sebenarnya , abang Emier akan berkahwin dengan orang lain . Orang itu adalah kakak aku sendiri .
Sakinah melarikan di hari perkahwinannya dan aku pula yang menjadi mangsa keadaan dengan berkahwin dengan lelaki yang sepatutnya menjadi abang iparku . Walau apapun , aku menerima dia seadanya .
Aku duduk sendirian di taman mini yang berlatarkan air terjun buatan semua itu idea abang Emier . Itupun aku mengetahui dari ibu mertuaku .
Alhamdulillah , aku diterima baik oleh keluarga Abang Emier . Aku juga punya adik ipar yang sebaya denganku iaitu 17 tahun .
Beza umurku dan suami 10 tahun, Terlalu muda kan ? sekarang , tentu aku sedang bergembira dengan Mimi dan Julia sekarang dan juga buat part time sementara tunggu result .
Deruman enjin kereta memasuki lama rumah mengejutkan aku dari lamunan . Segera aku menuju ke pintu utama menanti suamiku .
‘abang Emier nak makan ? Sofea boleh panaskan lauk . soalku sebaik abang Emier melangkah masuk
‘ Tak payah . malam saya makan kat luar ‘ balas abang Emier . dingin .
Aku sekadar mengangguk faham . Dalam hatiku berasa lega kerana aku tak perlu memasak untuknya kerana kepalaku sedang sakit dan hidungku mula tersumbat . Aduh ! tanda-tanda nak demam la ni .
Aku tertidur di sofa kerana kepalaku terlalu sakit hingga aku nak berjalan pun tak larat . Minyak angin aku titiskan pada jari telunjuk lalu ku oles sedikit di kepala dan juga di hidung .
Aku tersedar apabila tubuhku digoncang perlahan . siapa pula yang menganggu tidurku ? mataku buka perlahan dan aku terkejut melihat wajah abang emier terlalu dekat dengan wajahku .
Bangun , makan bubur ni ! arah abang Emier tegas . aku kelu . adakah aku sedang bermimpi ? Aku ingin mengambil mangkuk dari abang emier namun lelaki itu memegang kemas membuatkan aku tidak sengaja menyentuh tangannya .
Maaf ! lantas aku menunduk .
Tanpa membalas , abang Emier menyuakan sesudu bubur kepadaku . memang romantic kalau abang emier mengiktirafku sebagai isterinya . Aku hanya mampu menelan tiga suapan , selebihnya aku menolak . Tekakku terlalu perit .
Lain kali , kalau tak sihat bagitahu . takde la menyusahkan orang . kata abang emier sebelum berlalu . Aku sedikit terasa dengan kata-katanya . Tanpa dipinta , airmataku jatuh berderai sehingga aku kembali terlena .
***** Aku terjaga apabila matahari memancar dari arah tingkap terus ke wajahku . kepala masih lagi berdenyut dan hidung masih lagi tersumbat . Aku gagahkan diri untuk ke kamar mandi dan menunaikan perintah yang Maha Esa .
Usai menunaikan solat , aku turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk suamiku . Nafasku termengah seketika kerana sakit kepalaku semakin kuat .
Aku berlari ke singki membuang segala isi perutku . airmata jatuh lagi kerana tiada orang yang ambil tahu . kalau Sakinah ada pasti dia orang yang paling risau dan akan menemaniku sepanjang hari .
Terasa ada orang sedang mengurut tengkukku . aku terkesima .. lantas aku berkumur dan membasuh muka . Aku kembali ke meja untuk menyiapkan kerjaku yang tergendala namun tanganku ditarik lembut oleh abang Emier lalu dia memegang kedua belah bahuku . aku terkedu
‘Sofea , kalau tak sihat . Jangan paksa diri . Abang boleh buat semua ni sendiri !’ lembut kata-kata abang Emier menyapa telingaku .
‘Takpe la , bukannya berat sangat pun kerjaa ni .. nanti …. ‘

Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku , tubuhku diangkat oleh abang Emier .

Tuesday, 1 March 2011

hari ini... malam ini...

kawan saya datang umah... kesian die.. badmood je.. tengok mke pon sdih jee,,,
perasaan dah kacau bilau..
semua tak kne..
sesape  ad bantuan..

tips utk tidak stres dan ingin berjaya..

1.. lakukan perkara yang utama dahulu...
  
 buat jadual, senaraikan mana yang utama , kedua dan ketiga...
  
 selepas itu kita,, lakukan dengan tidak menangguh- nangguhkannya..
    
jika kita bertangguh,, pekerjaan kita akan terbeban , selain itu, pikiran kita akan sentiasa berfikir
    
untuk melakukan kerja-kerja yang belum dilakukan itu..
    
jika kita terus melakukan kerja tanpa menangguhkannya..
    
kita tidak akan terbeban dengan memikirkan perkara yang belum dilakukan itu..
    
oleh itu.. pengurusan masa amat penting bagi seseorang individu..
  
 terutama bagi mereka yang berkejaya..
    
saya pasti semua orang pasti dapat melakukannya dengn berkesan..