Sunday 26 February 2012

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut 
kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita
6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap..Emm. tengoklah dulu..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakan lelaki yang nampak desperate, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini
14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan flirting dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewayang lain hanya kawan..:)
16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedarimaafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja.Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti
19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Saturday 1 October 2011

PERFECT TWO






You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my bellyYou can be the captain and I can be your first mateYou can be the chills that I feel on our first dateYou can be the hero and I can be your side kickYou can be the tear that I cry if we ever splitYou can be the rain from the cloud when it's stormin'Or you can be the sun when it shines in the mornin'[B-Sec:]Don't know if I could ever beWithout you cause boy you complete meAnd in time I know that we'll both seeThat we're all we needCause you're the apple to my pieYou're the straw to my berryYou're the smoke to my highAnd you're the one I wanna marry[Hook:]Cause your the one for me (for me)And I'm the one for you (for you)You take the both of us (of us)And we're the perfect twoWe're the perfect twoWe're the perfect twoBaby me and youWe're the perfect two[Verse 2:]You can be the prince and I can be your princessYou can be the sweet tooth and I can be the dentistYou can be the shoes and I can be the lacesYou can be the heart that I spill on the pagesYou can be the vodka and I can be the chaserYou can be the pencil and I can be the paperYou can be as cold as the winter weatherBut I don't care as long as we're together[B-Sec:]Don't know if I could ever beWithout you cause boy you complete meAnd in time I know that we'll both seeThat we're all we needCause you're the apple to my pieYou're the straw to my berrylyricsalls.blogspot.comYou're the smoke to my highAnd you're the one I wanna marry[Hook:]Cause your the one for me (for me)And I'm the one for you (for you)You take the both of us (of us)And we're the perfect twoWe're the perfect twoWe're the perfect twoBaby me and youWe're the perfect two[Bridge:]You know that I'll never doubt yaAnd you know that I think about yaAnd you know I can't live without yaNo..I love the way that you smileAnd maybe in just a whileI can see me walk down the aisle[B-Sec 1/2:]Cause you're the apple to my pieYou're the straw to my berryYou're the smoke to my highAnd you're the one I wanna marry[Hook:]Cause your the one for me (for me)And I'm the one for you (for you)You take the both of us (of us)And we're the perfect twoWe're the perfect twoWe're the perfect twoBaby me and youWe're the perfect two

Sunday 8 May 2011

KUCING MENJADI HAKIM

 dua ekor kera telah terjumpa seekor ikan. kedua-duanya bertengkar kerana mengaku ikan itu hak mereka. Akhirnya, mereka bersetuju melantik kucing sebagai hakim. Kucing yang arif tentang ikan akan menentukan siapa yang berhak memilikoi ikan itu.

     Mereka berjumpa kucing dan menceritakan masalah mereka. "tadi saya nampak seekor ikan tetapi sahabat saya telah mengambilnya. Siapakah yang berhak keatas ikan itu, kucing?" tanya kera yang kecil.

Tuesday 3 May 2011

PESILAT DARI BENUT


 PERSATUAN SILAT SAYONG
VIDEO INI MERUPAKAN RAKAMAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT,
 DISERTAI OLEH PELAJAR DARI TINGKATAN 3,4,5,DAN 6..
DUA ORANG PESERTA PERNAH MENGIKUTI PERTANDINGAN SUKMA..

Saturday 5 March 2011

tafsir mimpi anda

mimpi kena gigit anjing- hidup anda sentiasa diburu oleh seseorang yang anda benci,

mimpi mendapat wang - wang anda akan habis disebabkan oleh tindakan anda.

bermimpi membunuh orang yang anda sayangi,- anda dan orang yang anda sayang akan sentiasa ada masalah. perkara yang kecil dibesarkan

mimpi mendapat mesej daripada orang y anda tidak kenali - akan menerima cahaya mata

mimpi bersetubuh - tanda anda sudah baligh.

mimpi mati - panjang umur,

mimpi sakit - anda akan sihat pada masa yang diperlukan.


Friday 4 March 2011

kami n kamu

emmmm, cdhnye,,,, npe semua ini berlaku pada diriku,,,
kadang kala aku berasa sedih yang amat sangat... sehinggakan ku merasa bahawa semua orang tidak pernah memperdulikan aku lagi... ku merasakan bahawa diri ini seperti dihina yang amat sangat,, aku juga merasakan seperti hidup ini bergitu perit untuk dilalui. Orang tuaku langsung tidak pernah memperdulikan saya,,,  Hampir setiap hari ku dimarahi oleh ibu bapaku, setiap perilakuku dipertikaikan oleh mereka.. setiap perbuatanku, mak mesti pertikaikannya.. tetapi setiap perbuatan adikku sentiasa betul disisinya, sehinggakan perbuatan yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan.
  Apakah ini nasib yang telah ditakdirkan ilahi untuk diriku.?
ya allah, berikan lah aku kekuatan dalam menempuhi semua dugaanmu ya allah, sungguh berat dugaan yang engkau berikan kepadaku ini ya allah.

ada seorang teman, dialah yang selalu berada dekat dihati saya , setiap masalah saya menceritakan padanya..  saya berasa bernasib baik kerana mempunyai kawan seperti dia..namun,,,

Wednesday 2 March 2011

peristiwa kelmarin.

biarka aq sendirian.

Adakah aku mencintainya


Genap sebulan perkahwinan antara aku dan abang Emier . Namun , kami masih seperti orang asing . Saling tidak bertegur sapa diantara satu sama lain , bercakap bila ada keperluan sahaja .
Perkahwinan kami langsung tidak di rancang . Sebenarnya , abang Emier akan berkahwin dengan orang lain . Orang itu adalah kakak aku sendiri .
Sakinah melarikan di hari perkahwinannya dan aku pula yang menjadi mangsa keadaan dengan berkahwin dengan lelaki yang sepatutnya menjadi abang iparku . Walau apapun , aku menerima dia seadanya .
Aku duduk sendirian di taman mini yang berlatarkan air terjun buatan semua itu idea abang Emier . Itupun aku mengetahui dari ibu mertuaku .
Alhamdulillah , aku diterima baik oleh keluarga Abang Emier . Aku juga punya adik ipar yang sebaya denganku iaitu 17 tahun .
Beza umurku dan suami 10 tahun, Terlalu muda kan ? sekarang , tentu aku sedang bergembira dengan Mimi dan Julia sekarang dan juga buat part time sementara tunggu result .
Deruman enjin kereta memasuki lama rumah mengejutkan aku dari lamunan . Segera aku menuju ke pintu utama menanti suamiku .
‘abang Emier nak makan ? Sofea boleh panaskan lauk . soalku sebaik abang Emier melangkah masuk
‘ Tak payah . malam saya makan kat luar ‘ balas abang Emier . dingin .
Aku sekadar mengangguk faham . Dalam hatiku berasa lega kerana aku tak perlu memasak untuknya kerana kepalaku sedang sakit dan hidungku mula tersumbat . Aduh ! tanda-tanda nak demam la ni .
Aku tertidur di sofa kerana kepalaku terlalu sakit hingga aku nak berjalan pun tak larat . Minyak angin aku titiskan pada jari telunjuk lalu ku oles sedikit di kepala dan juga di hidung .
Aku tersedar apabila tubuhku digoncang perlahan . siapa pula yang menganggu tidurku ? mataku buka perlahan dan aku terkejut melihat wajah abang emier terlalu dekat dengan wajahku .
Bangun , makan bubur ni ! arah abang Emier tegas . aku kelu . adakah aku sedang bermimpi ? Aku ingin mengambil mangkuk dari abang emier namun lelaki itu memegang kemas membuatkan aku tidak sengaja menyentuh tangannya .
Maaf ! lantas aku menunduk .
Tanpa membalas , abang Emier menyuakan sesudu bubur kepadaku . memang romantic kalau abang emier mengiktirafku sebagai isterinya . Aku hanya mampu menelan tiga suapan , selebihnya aku menolak . Tekakku terlalu perit .
Lain kali , kalau tak sihat bagitahu . takde la menyusahkan orang . kata abang emier sebelum berlalu . Aku sedikit terasa dengan kata-katanya . Tanpa dipinta , airmataku jatuh berderai sehingga aku kembali terlena .
***** Aku terjaga apabila matahari memancar dari arah tingkap terus ke wajahku . kepala masih lagi berdenyut dan hidung masih lagi tersumbat . Aku gagahkan diri untuk ke kamar mandi dan menunaikan perintah yang Maha Esa .
Usai menunaikan solat , aku turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk suamiku . Nafasku termengah seketika kerana sakit kepalaku semakin kuat .
Aku berlari ke singki membuang segala isi perutku . airmata jatuh lagi kerana tiada orang yang ambil tahu . kalau Sakinah ada pasti dia orang yang paling risau dan akan menemaniku sepanjang hari .
Terasa ada orang sedang mengurut tengkukku . aku terkesima .. lantas aku berkumur dan membasuh muka . Aku kembali ke meja untuk menyiapkan kerjaku yang tergendala namun tanganku ditarik lembut oleh abang Emier lalu dia memegang kedua belah bahuku . aku terkedu
‘Sofea , kalau tak sihat . Jangan paksa diri . Abang boleh buat semua ni sendiri !’ lembut kata-kata abang Emier menyapa telingaku .
‘Takpe la , bukannya berat sangat pun kerjaa ni .. nanti …. ‘

Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku , tubuhku diangkat oleh abang Emier .

Tuesday 1 March 2011

hari ini... malam ini...

kawan saya datang umah... kesian die.. badmood je.. tengok mke pon sdih jee,,,
perasaan dah kacau bilau..
semua tak kne..
sesape  ad bantuan..

tips utk tidak stres dan ingin berjaya..

1.. lakukan perkara yang utama dahulu...
  
 buat jadual, senaraikan mana yang utama , kedua dan ketiga...
  
 selepas itu kita,, lakukan dengan tidak menangguh- nangguhkannya..
    
jika kita bertangguh,, pekerjaan kita akan terbeban , selain itu, pikiran kita akan sentiasa berfikir
    
untuk melakukan kerja-kerja yang belum dilakukan itu..
    
jika kita terus melakukan kerja tanpa menangguhkannya..
    
kita tidak akan terbeban dengan memikirkan perkara yang belum dilakukan itu..
    
oleh itu.. pengurusan masa amat penting bagi seseorang individu..
  
 terutama bagi mereka yang berkejaya..
    
saya pasti semua orang pasti dapat melakukannya dengn berkesan..

Monday 28 February 2011

apakah hari ini sungguh istimewa bagi kamu....

hari ini... mungkin merupakan hari yang paling indah bagi seseorang, dan mungkin esok hari paling sedih untuk seseorang.
Setiap insan yang lahir di atas muka bumi yang indah ini, pasti akan pernah merasakan hari-hari yang sangat indah dan mungkin hari yang sangat pahit. Walau bagaimanapun, kihidupan mesti ditempuhi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Seseorang yang tidak sabar akan situasi yang dihadapi, pasti mereka akan merasakan bahawa dirinya seorang yang tidak berguna dan merasakan bahawa dirinya hanya menyusahkan orang lain...